Pulau Sipadan (Sabah)



Pulau Sipadan merupakan pulau lautan yang terletak berhampiran Semporna , pantai timur Sabah , Malaysia. Puncak tertinggi pulau ini ialah 600m dari dasar laut. Pulau ini terkenal dengan aktiviti menyelam scuba atau 'scuba diving' yang tercantik di dunia. 




Pulau Sipadan telah diiktiraf sebagai tempat paling cantik di dunia untuk melakukan aktiviti 'scuba diving'. Anda akan menikmati pemandangan bawah laut yang menarik jika berkunjung ke Pulau Sipadan. Antara tarikan bawah lautnya ialah sekumpulan ikan baracuda membentuk puting beliung. 













Terdapat beberapa tempat untuk melakukan aktiviti 'scuba diving'. Disana anda boleh melihat pemandangan bawah laut yang sungguh mempersonakan. 


Untuk ke Pulau Sipadan , anda boleh menaiki kapal terbang terus ke Lapangan Terbang Tawau. Setelah tiba di Tawau anda akan dibawa ke pelabuhan Semporna. Dari situ anda akan dibawa menaiki bot ke Pulau Mabul. Tempoh perjalanan untuk ke sini mengambil masa separuh hari. Jika anda ingin kesini sila rancang masa perjalanan anda.


Pulau Sipadan tidak mempunyai tempat penginapan. Semua tempat penginapan telah dipindahkan ke pulau berhampiran iaitu Pulau Malabu dan Pulau Kapalai.














No comments:

Post a Comment