Pulau Mabul (Sabah)

Pulau Mabul terletak di persisir pantai tenggara negeri Sabah , Malaysia . Pulau kecil ini berbentuk melengkung dan terdapat pelbagai jenis batu karang di dasarnya . Kawasan lautnya yang berbatu karang menjadi tempat tumpuan pelbagai jenis ikan kerana terumbu karang merupakan tempat pembiakan planton yang menjadi makanan utama hidupan marin. Dasar lautnya tidak begitu dalam kerana kejadian pentas benua di Laut Sulawesi. Lautnya juga sesuai untuk melakukan aktiviti laut seperti ' scuba diving'.


Untuk kesini, anda boleh menaiki kapal terbang ringan dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Tawau. Dari Tawau anda akan dibawa menaiki bot laju untuk ke Pulau Mabul. Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga yang berpatutan. 






Dengan keluasan 21 hektar, ia dianggap lebih besar dari Pulau Sipadan yang terletak berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku Bajau Laut, iaitu salah satu kumpulan etnik di Sabah.






Pulau Mabul merupakan salah sebuah pulau yang terkenal terutamanaya bagi penggemar  penyelam scuba. Pulau ini adalah salah satu fotografi-makro yang terhebat di dunia kerana dikelilingi oleh terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter dan mempunyai keindahan di dasar laut .





Menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun. Hidupan laut yang boleh dilihat di sini termasuk kuda laut, tapak sulaiman eksotik, ikan gobi "Fire", ikan buaya, ikan "Pipe", dan belut laut. Terdapat lebih dari lapan kawasan untuk menyelam, setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri. 




Di Pulau Mabul, kita boleh dapati ada banyak pemilik chalet di situ yang mana kadar bayarannya bermula dari seratus lebih hingga seribu ringgit untuk penginapan semalam. Yang paling mahal berada pada lokasi yang paling menarik pemandangannya dan mempunyai kawasan pantai yang indah.



Terdapat tiga buat resort untuk penginapan para penyelam – dua daripadanya terletak di pulau dan sebuah lagi di atas sebuah platfom minyak yang diubahsuai terletak kira-kira 500 meter dari pantai. Semua resort menyediakan bot ulang alik setiap hari untuk ke Pulau Sipadan dan Kipalai bagi pengunjung. 



Banyak hidupan laut yang boleh dilihat di tepi pantai. Antaranya ikan, kuda laut, tapak sulaiman, ketam, terumbu karang dan lain-lain lagi.





1 comment:

  1. We see that on your page: http://pulautempatan.blogspot.com/p/pulau-mabul.html you have used a Dive The World map.

    We are happy for you to continue using this map but ask that you include a link to http://www.dive-the-world.com/ in crediting this map as ours. With the link text being…
    Map by ‘Dive The World’

    However your use of this map is an infringement of our copyright. We have previously been successful in appealing to Google to have pages removed where our copyright is infringed in this way. If we do apply to Google, the punishment can be the removal of offending pages from their searches.

    Please let me know as and when a link is added.

    Best regards

    Gavin Macaulay
    Dive The World - Marketing Director

    ReplyDelete